Sunday 30 December 2012

aksi panas ambang Tahun Baru>>>2013






assalamualaikum dan ape cerrr semua..
malam tahun baru akan tiba,apakah tahun ini pun berlaku gejala sosial yang negatif juga?
ramai yang sudah tahu apa akan berlaku pada malam tahun baru,dimana pada malam itu juga akan berlaku seks bebas,mat rempit makin menjadi jadi,perlakuan bebas menjadi jadi,minum arak dikalangan orang melayu semakin hebat,dan dadah menjadi popular.gadis remaja berfoya foya.dan paling menyayat hati,apabila dara menjadi mangsa.
apakah itu juga akan berlaku?? tidak dinafikan.semuanya berpunca hendak mengikut orang barat menyambut tahun baru.
aksi remaja liar.

bagi kidal dimalaysia ini semakin parah dengan gejala sosial yang negatif ini,tidak salah untuk berhibur,tapi ada batasnya sebagai seorang islam dan orang timur harus jaga tatasusila yang selama ini kita pegang.

aksi mat rempit

mat rempit pula dengan gayanya tersendiri,menunjuk aksi yang berbahaya untuk mendapat populariti yang MURAH.tidak payah lah nak jadi popular dengan kehebatanmu wahai si rempit,tak MATI taper,kalu mati tiada penyesalannya tahu..

pub dan disko jadi kunjungan


ini lah jadinya jika dimalaysia mempunyai tempat yang bebas untuk berhibur dengan syaitan.
disko dan pub menjadi pujaan,tempat dapat merasa dan dirasa,diraba tidak terkira,nafsu menjadi yang pertama,iman jatuh tidak terkira,membuat ramai yang hilang dara.


adakah kita semua nak ini BERLAKU!!!!!

KIDAL sarankan agar malam tahun baru kita sama-sama ke masjid untuk bersyukur atas umur yang dipanjangkan oleh allah.dapat nikmat tahun baru.bukannya kita sia siakan hidup ini.semoga allah berkatkan diri kita ini iek...panjang benar kidal celoteh..hehe 
ok daaa...

Saturday 29 December 2012

PENGALAMAN NGERI YANG HAMPIR MERAGUT NYAWA




Assalammualaikum dan salam sejahtera,
lama jugak kidal tidak berceloteh dalam blog nie,untuk pengetahuan semua kidal telah ditimpa kemalangan yang hampir meragut nyawa kidal.alhamdulillah allah panjangkan umur kidal.
cerita kidal kemalangan bukan hanya rekaan semata-mata.tanggal 21 DIS 2012 masa itu kidal ada hal yang perlu kidal ke IPOH.Selepas habis hal yang penting itu,kidal mengambil keputusan untuk pulang ke kampung di KEDAH.jam 7.20 kidal bertolak dan melalui highway ipoh-utara.masa itu hujan agak lebat jugak,kidal ambil keputusan untuk berhenti di RNR yang berdekatan,kira-kira 10km,selepas lalui terowong highway disitu mengalami kesesakan lalulintas,kidal telah mengikut lorong kanan dimana sebuah kereta proton waja berada dihadapan kidal,kereta berkenaan telah break mengejut,sehingga kidal pun break motosikal yang kidal tunggangi,namun nasib tidak menyebelahi kidal,apabila motorsikal kidal mengelusur apabila keadaan jalan yang licin.kidal tidak dapat mengawal motorsikal kidal,lalu kidal telah jatuh mengelunsur dan berguling ditengah highway,dan bas yang berada dilorong kiri hampir melanggar kidal,dengan kuasa allah,kidal telah berguling bagi menyelamatkan diri kidal.alhamdulillah syukur.kidal masih bernafas walaupun trauma.pada masa itu juga ada insan yang berhati mulia telah membantu kidal,syukur sangat sangat dan kidal mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka itu,dan juga kepada pemandu ambulan kuala langsar yang membantu kidal sehingga kidal sembuh,walaupun kidal tidak mengalami kecederaan yang parah,ramai sahabat sahabat yang mengambil berat tentang kidal. jadi kidal berasa amat bertuah dan berasa terharu kepada semua k.

Wednesday 12 December 2012

KHASIAT SEVEN PLUS++




eXfuze Seven +

Memperkenalkan Minuman PERTAMA di Dunia menggunakan Teknologi Ekstrak tumbuhan dan buah-buahan semulajadi terbaik dunia. eXfuze Seven + merupakan minuman kesihatan
berkhasiat yang hebat dan lazat untuk
anda.
Mengandungi kebanyakkan daripada
legenda botani yang mujarab dan kaya
dengan pelbagai khasiat...

SEVEN+

Explorers and visionaries have always suspected that in exotic locales, at the furthest reaches of the planet, lie the secrets to vibrant health.
Traversing the globe... scaling the mountainous regions and the fertile valleys... plumbing the depths of the seas... gleaning modern truths from ancient folklore... poring over the most advanced scientific studies... potent ingredients have been blended and fused in a revolutionary product...
PLUS
eXfuze's philosophy is two-fold. First, to create synergy from the combination of ingredients, Second, to approach each extract of seven+ as if it were the sole supporting nutrition of the drink. Each ingredient is either organically grown or wild-crafted for optimum purity and potency. eXfuze has combined the powerful nutrition of these seven superfoods - also known as functional foods - with four other potent ingredients known as the PLUS factor of Seven+. These four are renowned in our society for their antioxidant and healing properties*: Pomegranate, Wild Blue Berries, Aloe Vera and Concord Grapes.



 
  • ini adalah salah satu video dimana seorang doktor menyokong khasiat sevenplus+
  • eXfuze SEVEN + 
eXfuze Seven+ adalah Diet Tambahan Multi-Botani yang pertama mengandungi segala khasiat rebutan seluruh dunia. Ia dirumuskan ke dalam bentuk kekayaan ekstrak yang digabungkan dalam satu sistem penghantaran yang menakjubkan. Tidak seperti Jus, produk keluaran eXfuze Seven+ kaya dengan anti-oksidan dan disebatikan dengan akstrak asli botani super serta buah-buahan segar dari seluruh pelusuk dunia. 
Proses ekstrak yang digunakan dalam penghasilan seven + dapat memisahkan zat makanannya daripada zat yang kurang penting dan selulosa yang tidak boleh dihadam. Oleh itu, ekstrak lebih berkesan dan mudah diserap oleh badan berbanding jus perahan dan paras gulanya yang kurang berbanding jus perahan. 
Ciri yang paling hebat dalam Seven+ Classic adalah komponen tambahannya yang dapat membantu tubuh anda menggunakan segala khasiat dengan sebanyak mungkin. Apabila partikel-partikel yang tumpat dengan nutrien adalah lebih kecil, lebih banyak yang dapat dicerna menjadi komponen yang boleh diserap. Ini akan mentakrifkan teknologi kami yang benar-benar akan dikenali kerana keupayaan penghantarannya. Diperkaya dengan 'Chaperone Molecule' hasilnya adalah sistem yang mampu menghantar peratusan bahan yang lebih tinggi ke lokasi yang diingini dalam tubuh anda. Malah sistem penghantaran kami telah dirumus secara saintifik untuk menanam khasiat penting yang ada dalam campuran sinergi Seven+ ke dalam bahagian sel-sel tubuh.

Secara ringkasnya, melalui Testimoni pengguna kami eXfuze Seven+ terbukti amat bagus dalam pencegahan mahupun penyembuhan Penyakit seperti di bawah : 
1) Kencing Manis 

2) Darah Tinggi 
3) Kolestrol Tinggi 
4) Gout 
5) Saluran Darah 
6) Kanser 
7) Pertumbuhan Tumor 
8) Gastrik 
9) Ulser 
10) Sakit Belakang 
11) Sengal Badan 
12) Masalah Urat Saraf 
13) Sakit Sendi 
14) Penyakit Kulit 
15) Letih Lesu 
16) Strok 
17) Parkinson 
18) Lumpuh 
19) Nyanyuk 
20) Jangkitan Virus, Bakteria @ Parasit 
21) Resedung 
22) Alahan 
23) Asthma 
24) Buasir 
25) Buah Pinggang 
26) Jangkitan Pundi Kencing 
27) Jangkitan Faraj 
28) Sembelit 
29) Cirit-Birit 
30) Masalah Sengugut 
31) Menopause 
32) Otot Kejang 
33) Arthritis 
34) Migrain 
35) Stress & Kemurungan 
36) Masalah Tidur 
37) Thalassaemia 
38) Alzheimer 
39) Mencantikan & Melicinkan Kulit 

40) Awet Muda

7 Rahsia Kandungan eXfuze Seven +...

1) GAC
Mengandungi 70 kali ganda lebih Lycopene berbanding tomato . 10 kali ganda lebih Beta Carotene berbanding lobak merah. Ia melembut dan melicinkan kulit serta mencerahkan mata.
- Mencegah Strok, Barah dan Jantung
- Mengawal gula dalam darah
- Pencegahan Kanser Prostat
- Pencegahan kehilangan daya ingatan dan penyakit Alzheimer
- Pengawalan Kolestrol.
gac
2) ACAI
Mengandungi Vitamin A, B1, B2 & B3, Juga Vitamin C, AntiOksida, Phytonutrien dan Asid Amino yang hampir sempurna!
- Membantu & Meransang Sistem Imun & Metabolisma
- Membantu Menghalang Pembekuan Darah
- Menjaga Kolestrol baik & mencegah penyakit Jantung
- Mengurangkan Berat Badan / melawan Obesiti
- Membaiki sistem penghadaman
- Meningkatkan tenaga & stamina
- Menurunkan tekanan darah
- Anti penuaan dan radang / melawan radikal bebas.
acai
3) GOJI
Mengandungi 19 Asid Amino, Beta-Carotene, 21 jenis Mineral. Vitamin C, B dan Kompleks E.
- Memusnahkan Radikal Bebas
- Meningkatkan Metabolisma
- Melancarkan Pengedaran Darah
- Merendahkan LDL Kolestrol
- Meningkatkan sistem imun
- Meningkatkan fungsi Hormon
- Mengurangkan risiko(cataracts)
4) NONI
Mengandungi Beta-Carotene, Kalsium, semua jenis Vitamin B, Vitamin C dan pelbagai Mineral
- Membaiki sistem penafasan(lelah)
- Menurunkan paras gula dalam darah dan membaikpulih fungsi Pankreas
- Menyelesaikan masalah resdung/alahan
- Membaikpulih dan membina sel-sel tubuh
- Mengeluarkan toksid/ keracunan dalam badan
- Menambahkan Oksigen dalam badan
- Menghancurkan lemak dalam badan
5) BROWN SEAWEED
Adalah sejenis nutrien bernama Fucoidan. Kandungan Vitamin dan Mineralnya menyerupai kandungan Susu Ibu. Ia dapat menyokong imun seseorang dengan menambahkan sel-sel Darah Putih yang sihat
- Anti Radang yang hebat
- Penyahtoksik badan
6) MANGGIS
Mengandungi Anti-Oksida dan kandungan Xanthones yang teramat tinggi. Membantu memperbaiki dan memulihkan pelbagai penyakit saraf trombosis dan hypertension
- Mencegah Batu Karang & Buah Pinggang
- Mencegah Osteoporosis
- Mencegah kemurungan, tekanan / Stress
- Mencegah kesan-kesan Diabetes
- Anti tumor & mencegah kanser
- Membantu mengawal tekanan darah tinggi
- Mencegah lenguh sendi
7) SEABUCKTHORN
Mengandungi Vitamin C, K, E, Asid Folik, Carotenoid, Omega Kompleks 3, 6, 7 & 9 serta kandungan Anti-Oksida dan Flavanoid yang teramat tinggi.
- Penjagaan Rambut
- Rawatan kulit kepala
- Mengurangkan Inflamasi kulit
- Memerangi eczema
- Mengurangkan pigmentasi kulit
- Atasi rheumatism. Sakit pinggang
- Membantu sistem penghadaman
Selain tujuh ekstrak makanan super ini, Seven+ juga mengandungi: ekstrak Biji Anggur untuk perlindungan antioksidan yang lebih berkuasa, Nektar Agave Biru(agave tequilana) Air Fungsian Penulenan Ultra, Pati Jus Anggur Concord(vitis labrusca), ekstrak jadam(aloe barbadensis), penggalak fungsi tubuh yang menakjubkan dengan senarai jelas 75 sebatian berkhasiat, ekstrak delima (punica granatum) yang padat dengan Pengaut Radikal Bebas, Asid Folik, polifenol(seperti asid elagik), ekstrak Beri Biru Liar(vaccinium angustifolium) dengan nutrien berkuasa yang mampu membantu mengekalkan tahap kolestrol yang sihat.

Apa kata Pakar...???

" Produk eXfuze Seven+ membekalkan bahan mentah kepada tubuh untuk melindungi, membaiki, memulih, mengawal dan mengekalkan ke dalam semua sistem tubuh"..Dr Joe Guarnera 

" Kami mengambil hanya bahan mentah terbaik di dunia, mengujinya untuk aktiviti biologi, menggabungkan teknologi penghantaran yang hebat dan dikilangkan mengikut tahap piawaian yang diperakui untuk semua produk eXfuze. Dengan pengalaman rumusan lebih 50 tahun produk eXfuze adalah yang terbaik di pasaran".. Jim Jamieson , Ahli Farnakologi, Ahli Farmakognosis

Apa kata Mereka...???

" Saya telah menjalani pembedahan mata minor dan mata membengkak. Selepas 13 hari saya mengambil Seven+, kesan bengkak tersebut telah hilang dan mata saya semakin pulih. Produk ini betul- betul berkesan...".. Mr Edward Lee, Kuala Lumpur. 

" Ketika hamil di bulan ke-4, doktor memberitahu bahawa kandungan darah saya rendah untuk keadaan saya. Selepas mengambil Seven+ selama 3 minggu, saya menziarahi doktor untuk pemeriksaan berjadual saya.
Beliau terkejut dengan pertambahan kandungan darah saya yang meningkat dari 9 ke 12. Beliau juga membuat ujian-semula untuk memastikan kesahihan tersebut"..
 Pn Asnie – Kuala Lumpur.
testimoni..kata orang malaysia..



DENGAN SEVENPLUS+
INSYAALLAH MAMPU MERAWAT SAKIT ANDA..
BERMINAT SILA BERHUBUNG DENGAN EN.HAMZAH:0195600745,PN.ROHANI :0193346224,EN ANAS:0174814250
HARGA SEBOTOL RM 195.00 SAHAJA..

Duit bukan segala galanya.nilai tidak seberapa dibandingkan dengan khasiat dan kualitinya.
hari ini cari penawar bukan pada kuantiti,tetapi kualiti.


                                                                                          Tuesday 11 December 2012

                                                                                          12.12.12 (DISEBALIK TARIKH INI)



                                                                                          Assalammualaikum  dan salam sejahtera para pembaca sekalian,
                                                                                          tanggal 12.12.12 apakah makna yang dapat ditaksirkan oleh anda semua.begitu pentingkah ia? atau mempunyai makna yang tersirat yang difahami oleh orang-orang tertentu.namun jika kita lihat tanggal ini menjadi satu perkataan keramat bagi semua orang.BENARKAH  begitu.mengapa  ramai orang memuja tarikh berkenaan?? sedangkan ia satu nombor yang tidak memberi kesan apa pun kepada kita.
                                                                                          Bagi yang suka-suka memilih tarikh ini untuk berkahwin,untuk dijadikan kenangan,itu tidak salah,namun yang amat membimbangkan pada tanggal inilah banyak orang menjadi taksub dan terpesongnya akidah.

                                                                                          ini kata-kata mereka..(baca aje,jangan percaya sangat k)

                                                                                          • Sebenarnya 2012 itu satu perubahan besar di dunia ini, di alam semesta. Saya tidak tahu gambaran yang akan terjadi setelah 2012. Namun saat ini, zaman yang dinamakan iron age (zaman besi) yang akan berakhir pada 2012. Setelah itu, alam memasuki zaman emas (golden age). Saat transisi dari kedua masa inilah akan terjadi berbagai bencana yang memakan banyak korban jiwa. Kalau saya kata laundry ya, pembersihan dari Tuhan. -Mama Lauren (paranormal).
                                                                                          • Anda harus mengerti, tidak akan ada sama sekali sisa, kita harus akan memulai kembali semua kebudayaan dan kehidupan dari awal lagi. – Patrick Geryl, pekerja laboratorium di Belgia.
                                                                                          • Jadi saya melihat 21-12-2012 itu akan menjadi angka tabrakan beruntun. Mau nanya ke ahli hitungan mistik China, Arab, Mesir atau Indonesia, Kejawen, memang itu angka tabrakan. Bilangan 12-12-12 itu memang angka benturan, angka tabrakan, atau angka angkara murka, atau angka kehancuran. –Ki Gendeng Pamungkas (paranormal)
                                                                                          • Dr Keis Ohtsuka dari Jurusan Ilmu Sosial dan Psikologi Universitas Victoria menyatakan bahwa pasangan memilih tanggal "palindrome" (angka sama dibaca dari depan dan dari belakang) karena memang unik.
                                                                                          • "Mereka melihat kombinasi angka ini sebagai simbol harapan dan kebahagiaan yang berlanjut." kata Dr Ohtsuka.
                                                                                          • "Juga karena memang tidak mudah dilupakan." Sementara itu ahli masalah angka Julia Dunn mengatakan angka 12 tiga kali ini merupakan simbol dari pertalian yang kuat.
                                                                                          • "Angka 12 berhubungan dengan koneksi, komunikasi, dan kerja sama yang bagus." kata Dunn.
                                                                                          • Pasangan lainnya, Angela Clarke dan Matthew Hewitt mengatakan mereka akan menikah pas jam 12 siang hari Rabu di dalam air di kawasan Bobbin Head di New South Wales.
                                                                                          • "Saya begitu percaya tahyul dan saya memilih tanggal 12-12-12 bagi pernikahan langgeng. Yang penting bagi saya adalah saya menemukan pria yang tepat dan tanggal yang bagus."


                                                                                          itulah yang dapat saya kongsi dalam blog yang tidak seberapa ini,namun diharapkan andai kita manusia biasa,mencari keredhaan bukan tarikhnya,tetapi dengan segera,tidak payah menunggu tarikh yang cantik,tapi pilihlah hati yang cantik.

                                                                                          Monday 10 December 2012

                                                                                          Remaja Skandal Dengan Model.




                                                                                          hai !hai ! hai ! cerita gempak gila lah,adakah patut ramai member-member kidal cakap kidal ada skandal dengan model! usikan yang kidal nak cer nie harap dapat menutup mulut member-member kidal dan orang lain.gambar yang menjadi kontrovesi ini adalah gambar semasa kidal berada dalam event pameran pengantin yang berlangsung pada bulan 6 di wangsa maju.kidal telah menjadi jurukamera tak bertauliah`..haha jadi masa itu member kidal suruh kita berduet dengan model untuk gambar di tempat itu,tanpa dijangka gambar itu telah diupload..huhu..tanpa disangka ooo..jadi ramai menyangka yayng kidal ada skandal dengan model itu..harap-harap pasni jangan gosip k..hehe :)


                                                                                          Sunday 9 December 2012

                                                                                          Harimau Hampir Baham Gajah Putih...


                                                                                          detik cemas ketika melawan thailand.


                                                                                                                    pemain kedua pasukan bergasak demi negara masing-masing

                                                                                          MAT YO BERGASAK DEMI MARUAH NEGARA.


                                                                                          SKUAD kebangsaan gagal memanfaatkan peluang beraksi di halaman sendiri apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Thailand dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
                                                                                          Gol Malaysia dijaringkan oleh Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-48 manakala Thailand menerusi Teerasil  pada minit ke-79.
                                                                                          Keputusan ini meletakkan Malaysia di laluan tertekan untuk memburu tiket ke final. Harimau Malaya akan bertandang ke Thailand Khamis ini untuk perlawanan timbal balik.
                                                                                          Pada perlawanan malam ini, sebaik permainan bermula Malaysia lebih agresif dengan beberapa percubaan berbahaya dan seawal minit kelima, kubu skuad Gajah Putih diuji, namun sepakan percuma yang dilaksanakan oleh Safiq Rahim gagal menembusi gawang lawan.
                                                                                          Pada minit ke-12, benteng pertahanan skuad negara pula diuji oleh dua percubaan dari jarak jauh, daripada Adul tetapi  tindakan pantas penjaga gol Malaysia, Mohd Farizal Marlias berjaya menafikan percubaan itu.
                                                                                          Hasil serangan balas, skuad Harimau Malaya hampir berada di depan pada minit ke-18, tetapi percubaan Norshahrul Idlan Talaha, yang turut dikenali Mat Yo, gagal mengatasi barisan pertahanan Thailand.
                                                                                          Peluang pertama Thailand hanya hadir pada minit ke-27 menerusi hantaran bahaya Datsakorn, begitu pun berjaya dikeluarkan oleh Mohammad Aidil Zafuan.
                                                                                          Thailand sekali lagi mempunyai peluang membolosi gawang lawan apabila cubaan Anucha memberi bola kepada Datsakorn dari sayap kiri dan Teerasil membuat hantaran pada minit ke-29, tetapi Farizal berjaya menyelamatkan hantaran.
                                                                                          Selepas itu, cubaan Datsakorn mencipta peluang untuk Thailand terus tidak berjaya pada minit ke-44 apabila Aidil menghalang pemain lawan dari mengambil kesempatan.
                                                                                          Selang beberapa minit memasuki babak kedua perlawanan, belum sempat Thailand melakukan asakan, tandukan Mat Yo pada minit ke-49 hasil hantaran Mahali di sayap kiri telah menggegarkan stadium apabila meledak gol pertama buat Malaysia.
                                                                                          Thailand menggandakan asakan. Hantaran Piyapol Bantao dari sayap kanan pada minit ke-55 gagal dikawal rakan sepasukan dan Aidil menyepak bola keluar dari keadaan bahaya.
                                                                                          Mendapat sorokan gemuruh daripada penyokong sendiri, Malaysia sekali lagi berpeluang menambah jaringan gol menerusi percubaan baik oleh Mat Yo, bagaimanapun pasukan tuan rumah gagal ambil kesempatan setelah dipesong keluar oleh Kawin.
                                                                                          Thailand nyata tidak berputus asa apabila terus melakukan serangan, namun Farizal berjaya menepis keluar percubaan Thailand dan tendangan sudut pasukan pelawat itu gagal mendatangkan hasil.
                                                                                          Kelekaan pertahanan Malaysia akhirnya mengundang padah apabila penyerang sensasi Thailand, Teerasil menyamakan kedudukan dengan tandukan baik pada minit ke-79.
                                                                                          Mohd Safee cuba menguji benteng pertahanan Thailand pada minit ke-88, namun kuisannya gagal disambar rakan sepasukan untuk kedudukan tersebut kekal sehingga wisel penamat.

                                                                                          Senarai pemain Malaysia:
                                                                                          Mohf Farizal Marlias, Mahali Jasuli, Mohd Bunyamin Umar, Mohammad Aidil Zafuan, Safiq Rahim (kapten), Norshahrul Idlan Talaha, Amar Rohidan, Gary Steven Robbat, Azammudin Akil, Baddrol Bakthiar, Mohd Fadhli Mohd Shas

                                                                                          Senarai pemain Thailand:Kawin Thamsatchanan (kapten), Panupong Wongsa, Theerapyhon Bunmathan, Chonlatit Jantakam, Datsakorn Thonglao, Teerasil Dangda, Anucha Kitpongsri, Adul Lahsoh, Jakkapan Pornsai, Phichitphong Choeichiu, Piyaphon Buntao

                                                                                          Wednesday 5 December 2012

                                                                                          50 Perkara Dari Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


                                                                                          assalamualaikum para sahabat dan pembaca sekalian,malam nie kidal mendapat cerr dari abang kidal sendiri melalui facebook,dimana 50 perkara kata kata dari tan sri SYED MOKKHTAR AL-BUKHARY dimana tan sri menasihati kita supaya orang melayu harus sedar dan bangun dari leka.Benar kata kata dari seorang orang melayu bahawa peluang harus dicari,bukannya kita menunggu peluang itu datang kepada kita.kidal bukan hendak mendikrimasikan bangsa,cuma memberi nasihat kepada bangsa kidal sendiri.kita harus bangun,kita harus berjuang dan kita harus mengubah kehidupan kita.Oleh yang demikian bacalah kata kata dari TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY.

                                                                                          1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda 
                                                                                          sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

                                                                                          2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

                                                                                          3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

                                                                                          4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

                                                                                          5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

                                                                                          6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

                                                                                          7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

                                                                                          8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

                                                                                          9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

                                                                                          10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

                                                                                          11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

                                                                                          12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

                                                                                          13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah

                                                                                          14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

                                                                                          15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

                                                                                          16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

                                                                                          17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

                                                                                          18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

                                                                                          19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

                                                                                          20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

                                                                                          21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

                                                                                          22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

                                                                                          23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

                                                                                          24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

                                                                                          25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

                                                                                          26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

                                                                                          27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

                                                                                          28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

                                                                                          29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan .

                                                                                          30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

                                                                                          31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

                                                                                          32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

                                                                                          33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

                                                                                          34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

                                                                                          35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

                                                                                          36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

                                                                                          37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

                                                                                          38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

                                                                                          39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

                                                                                          40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

                                                                                          41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

                                                                                          42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

                                                                                          43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

                                                                                          44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

                                                                                          45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

                                                                                          46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

                                                                                          47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

                                                                                          48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

                                                                                          49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

                                                                                          50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.


                                                                                          jadi harus sama sama kita munasabah diri kita.

                                                                                          Najib kena tengking dengan Rosmah?


                                                                                          Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
                                                                                          Hari ni kidal nak cerr la,Baru-baru ini gempar cerita tentang najib telah ditengking oleh isterinya rosmah atas kenakalannya yang semakin melampau.Tetapi logik ke najib kena tengking?ish-ish kesian betul.tapi oleh kerana sikap dan perangai najib semakin hari semakin melampau.jika dahulu tiada pangkat,najib sentiasa berada dirumah dan melayan anak anaknya dengan baik,namun pada masa kini kuasa yang diterimanya membuat najib hilang kewarasannya itu.setiap malam najib dikatakan asyik dengan kekasih gelapnya dihotel mewah area kuala lumpur,amat memalukan apabila seorang yang dihormati sanggup bersikap begitu.suatu hari tanpa disedari rosmah telah mengintip tingkah laku suaminya.apabila sampainya najib bersama kekasih gelapnya itu dibilik yang ditempah.rosmag telah menengking najib.dan begitu kesal dengan sikapnya itu.hancur luluh hati seorang wanita yang bernama rosmah.sikap suaminya yang sangat dihormati oleh rakan sekerja dipejabat.oppss lupa nak bagitahu yang najib yang kidal cerr nie adalah najib bin ahmad.bekas abang ipar kawan kidal nie.dia ceria pada kidal..hehe..
                                                                                          bukan najib PM kita nie..nak kena saman kew???hehe tamao la...
                                                                                          ok lah sampai sini sahaja la celoteh kidal pada hari ini.

                                                                                          Sunday 2 December 2012

                                                                                          mawi kahwin dua???



                                                                                          baru-baru ini dikhabarkan bahawa mawi telah berkahwin dengan isteri keduanya tanpa pengetahuan isteri pertamanya,dan dengan kata mawi telah menikahi seorang anak dara yang berumur 19 tahun merupakan pelajar IPTA.wahhhh semakin hebat mawi nie kan.dijadikan cerita pulak mawi atau nama sebenarnya asmawi bin wahab  bukan mawi world yang dalam gmbar diatas,mawi nie adalah mawi yang asal orang kedah. sepupu kawan aku la,yang bernikah dengan orang alor star.amboi ta jauh mana pun,cuma sekarang nie dapat la cover line,esok lusa ta tahu la.hehe..tetapi mawi nie bgus,dia nie orang berada la,dapat tanggung anak bini.bagus la la sape dapat bersuamikan dia nie.hehe..ada kosong dua lagi...hihi..itulah kesudahan cerita mawi kahwin dua.hehe sekian..

                                                                                          sertailah kami.

                                                                                          nuffnang ads


                                                                                          Blogger Backgrounds
                                                                                           

                                                                                          Kidal nak cer nie!!!!!! Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008