Sunday 27 January 2013

'SYILING YASSIN LIMITED UNTUK DIJUAL'




assalammualaikum,dan salam muhibbah..
cerr yang kidal nak kongsikan  kepada peminat peminat koleksi atau kesenian lama.apabila kawan kidal menunjukkan koleksi lamanya yang diberikan oleh arwah datuknya ketika ia kecil,syiling yang dikenali syiling yassin merupakan syiling yang begitu mesteri hingga hari ini,dikatakan syiling ini berusia 800tahun dan ada yang berpendapat bahawa syiling ini sebelum masihi lagi.biar pun begitu kidal percaya bahawa syiling ini lebih dari seratus tahun.dimana jika kita lihat syiling ini menunjuk tulisan yassin dalam tulisan jawi dan mempunyai tujuh baris tulisan ini.ia dikatakan syiling yassin 7.kerana syiling yassin ada sembilan jenis.namun syiling yassin ini mempunyai keunikkan yang amat menarik .
kawan kidal bernama JAI  ingin melelong syiling ini kepada semua peminat syiling lama,
jadi kepada semua yang ingin membeli syiling ini yang dilelong dengan bermula harga 20k.
bidaan yang tertinggi akan dapat memiliki syiling ini. 
HUBUNGI JAI; 0166815317



Monday 14 January 2013

Kisah Yang Menyedihkan





assalammualaikum dan salam muhibbah.
hai rakan-rakan sekalian.
malam nie kidal ada cer yang menyedihkan dimana kidal pergi ke satu kolej ini,dimana pada masa itu diadakan majlis suai kenal,masa itu semua yang ada dikolej itu sudah berumur atas 30an,dimana apabila seorang lelaki ini (nama dirahsiakan) telah menceritakan bahawa isterinya meninggal dunia pada tahun lepas dimana saat melahirkan anak.pada masa itu riak wajah sahabat kidal ini,iaitu lelaki itu la,saat itu matanya tidak boleh menipu,amat menyedihkan dimana saat itu kidal begitu hiba,walaupun kidal belum pernah mendirikan rumah tangga.tapi kidal faham keadaan lelaki itu.kidal faham kesedihan yang dialaminya.walaubagaimanapun arwah isterinya syahid apabila melahirkan anak.

selepas itu,seorang abang nie pulak,dipulau dan dibuang keluarganya kerana memeluk islam.walaupun keturunan india,namun allah telah membuka pintu hatinya.memeluk islam,walaupun pada saat itu ,beliau telah terima dugaan yang begitu mencabar,sehingga beliau tiada sesiapa,beliau telah berhijrah ke selangor dan mendapat khidmat majlis agama islam.syabas kidal ucapkan kepada seorang yang bukan islam telah memeluk islam dan kidal berharap kedua dua lelaki itu dapat menempuh dugaan yang akan melanda akan datang dengan sabar.kidal ucapakan supaya mereka dapat hidup bahagia dan mendapat rahmat dari allah.

Monday 7 January 2013

'AMANAT HAJI HADI' PENJELASAN SEBENAR














                                  penjelasan sebenar amanat haji hadi





assalammualaikum dan salam sejahtera  para pembaca sekalian.
isu sekarang ini semakin menjadi jadi dinegara kita.dilihat isu ini dibangkitkan oleh sesetengah pihak.kidal bukan nak berpolitik,tapi hendak merukaikan apa yang patut diketahui.'AMANAT HAJI HADI' yang kita ketahui,adakah amanat itu dibuat oleh haji hadi??atau direka oleh pengikut haji hadi sendiri?itu persoalan yang harus kita ketahui.bukan menghukum seseorang itu tanpa ada usul periksa.jika kita ketahui cerita yang betul dan pasti kita adalah orang yang bijak.bukan menuduh tanpa usul periksa.anda semua lihat vedio yang dirakam sendiri oleh kawan kidal semasa kawan kidal mendengar ceramah oleh orang pas sendiri.kita harus dengar dengan teliti dan buatlah kesimpulan.jadilah seorang manusia yang bijak.

kita lihat 'amanat haji hadi' yang diperkatakan sekarang ini.





ADAKAH AMANAT TERSEBUT DITULIS OLEH HAJI HADI?
ADAKAH DIA MENGATAKAN BN/UMNO KAFIR?
KITA TENGOK AYAT ITU BETOL BETOL.


Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.
Sekarang ini adakah kita rasa haji hadi mengatakan orang umno kafir?
adakah haji hadi mengkafirkan orang sokong umno?
ayat warna kuning;bergantung pada allah dengan menghadapi puak puak ini dan kalau kita mati,kita mati syahid.secara defnisinya kidal percaya bahawa kalau kita perangi orang yang menzalimi kita dan pertahankan maruah kita,kita mati syahid,kalau diikutkan bahawa apabila seseorang pergi kesekolah dan dalam perjalanannya itu,dia mati,maknanya mati syahid kerana perginya itu untuk mencari ilmu.dalam bab syahid anda perlu belajar ilmu untuk mengetahui.kalau tak tahu,duk diam,jangan bagi komen yang tak tahu..jangan jadi bodoh sombong.
ayat merah;tapi kita menjadi kafir kerana politik suku,agama suku. anda faham makna politik suku dan agama suku.
kalau dalam politik kita rasuah,menjadi pemimpin yang tak adil,makan hasil rakyat.
dalam agama,makna agama suku,nak sembahyang,sembahyanglah,ta mau tinggal..macam tu kew agama kita ajar????itulah yang harus kita ketahui..
sebenarnya kita harus ingat bahawa kita pimpin diri kita dahulu,baru lah pimpin rakyat.

Sunday 6 January 2013

AJL27 PUKAU PENONTON



ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA PARA PEMBACA SEKALIAN,
malam nie entah tetiba minat pulak tengok AJL27,perhhhh gempak la menggunakan teknologi tinggi bagi memukau penonton,tidak kusangka,tidak kuduga..hihi..
memang top la kidal katakan,memang kidal respect la..
mesti menghabiskan banyak duit kan..haha..
okew la biar kidal cer perjalanan AJL27 nie k.

MALAM Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) bermula dengan persembahan pembukaan memukau daripada Misha Omar, Ziana Zain dan Royal FT Force.

Misha Omar mempersembahkan lagu popularnya, Bunga-Bunga Cinta dengan mengenakan persalinan berwarna putih.

Penyanyi bersuara lantang Ziana Zain menyampaikan lagu rancak Fatalistik dan band Royal FT Force pula menampilkan lagu Anti Graviti.

Dalam pada itu, ribuan penonton membanjiri Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur bagi menyaksikan 12 finalis bersaing merebut gelaran AJL27.

Antara lagu yang bertanding malam ini ialah Lagu, Teman Pengganti, Patah Seribu, Idola, Simetri, Tanpamu, Ombak Rindu, Terukir Di Bintang, Andaiku Bercinta Lagi, Ku Akui, Pelangi Senja, dan Anak Kampung.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar dalam kenyataan berkatanya, anjuran kali ke-27 ini lebih membanggakan dengan penglibatan komposer dan penulis lirik muda.

"Lebih membanggakan tahun ini, semakin ramai komposer dan penulis lirik muda yang berani mempertaruhkan karya mereka sehingga berjaya ke peringkat akhir.

"Ini membuktikan AJL platform terbaik kepada penggiat seni tempatan bukan saja kepada bakat baru, termasuk kepada yang sedia ada," katanya.
Malam berprestij ini dihoskan oleh Faizal Ismail dan Cheryl Samad.

Berikut persembahan lagu-lagu dipertandingkan:
Persembahan 1 - Ombak Rindu nyanyian Hafiz dan Adira disampaikan dengan penampilan khas pelakon popular, Aaron Aziz

Persembahan 2 - Shila Amzah menyampaikan Patah Seribu yang dimulakan dengan ayat-ayat puitis



Persembahan 3 - Persembahan berapi, Simetri nyanyian lagenda rock Amy Search bersama Hazama

Persembahan 4 - Azlan and The Typewriter menyampaikan lagu tribute Idola dengan vokal yang memukau

Persembahan 5 - Stacy mengubah pentas kepada sebuah jeti ketika menyampaikan lagu Pelangi Senja

Persembahan 6 - Bedroom Sanctuary tampil dengan santai dalam menyampaikan Lagu, malah turut mengajak penonton menyanyi bersama

Persembahan 7 - Persembahan Tanpamu nyanyian Amir Jahari disampaikan dengan penuh kreativiti menggunakan alat muzik daripada bahan terpakai

Persembahan 8 - Vokal Black nyata memukau penonton ketika menyampaikan lagu ciptaan Malique, Teman Pengganti di samping rapper, RJ


Persembahan 9 - Aizat memikat penonton dengan aksi bersahaja dan klasik, menyampaikan lagu Terukir Di Bintang

Persembahan 10 - Vokal Hafiz memang tidak dinafikan ketika menyampaikan Ku Akui

Persembahan 11 - Mojo menggegarkan stadium ketika menyampaikan Andaiku Bercinta Lagi

Persembahan 12 - Jimmy Palikat dan One Nation Emcees mencampurkan elemen Sabah Sarawak, hip hop serta dikir barat ketika menyampaikan lagu Anak Kampung 

Akhir sekali kidal cerr pemenang pemenang anugerah juara lagu ke 27..


- Vokal Terbaik dimenangi Hafiz menerusi lagu Ku Akui

- Persembahan Terbaik milik lagu Teman Pengganti nyanyian Black dan RJ

- Juara AJL27 milik Terukir Di Bintang nyanyian Aizat Amdan hasil ciptaan Yuna




tahniah kepada pemenang..



TAMBAH TRAFIK TAMBAH FOLLOWERS 2013


KLIK SINI

      Assalammualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca sekalian.
kidal ada cerr nak dikongsikan buat para pembaca,kidal  terpanggil untuk bersama sama dengan blogger blogger lain untuk memeriahkan segmen yang disediakan oleh hasrulhassan.com
melalui segmen ini marilah sama sama kita untuk merapatkan silaturahim.


blog nazskidal.blogspot.com merupakan blog yang memberikan maklumat ringkas,perjalanan hidup,memberi motivasi,cerita panas yang membangun,kesihatan,masakini dan lain lain lagi.selain itu kidal ingin memastikan agar dapat membuat  blog pendidikan buat blogger.

Ingin memeriahkan segmen Tambah Trafik Tambah Follower sebagai usaha untuk perkenalkan blog saya ini kepada rakan blogger lain dan dunia blog Malaysia. Jom JOIN .....


Thursday 3 January 2013

RESPONS DARI PENDEDAHAN AGENDA KRISTIAN UNTUK MALAYSIA TERBONGKAR DI JERUSALEM.


P1020300
ASSALAMMUALAIKUM PEMBACA SEKALIAN..
kidal mendaapt cer dari satu blog dari ustaz amin yang kidal nak cer.oleh itu bacalah ape yang ustaz amin coretkan di bawah ini.



Kembara Universiti Kehidupan Ke 10 ke al-Aqsa bermula dari 26 November hingga 3 Disember 2012.

Seperti biasa, hari pertama kami sampai ke Jerusalem, kami akan masuk ke dalam hotel, berehat sebentar dan kami akan terus ke masjid al-Aqsa untuk mendirikan solat Maghrib dan Isyak di al-Aqsa.

Pulang waktu Isyak, kami akan makan malam di kafe hotel.

Mahmood, pemandu pelancong yang biasa dengan saya mencuit bahu saya dan mengajak saya ke satu sudut.

“Muhammad, mari sini” katanya.

“Kenapa?” tanya saya agak kehairanan kenana wajahnya agak serius, nada suaranya, agak perlahan seolah-olah ada rahsia yang ingin dibisikan pada saya.

“Tinggal bersama kamu di hotel ini satu rombongan dari Malaysia” terang Mahmood.

“Oh ye ke!” saya agak gembira mendengar berita itu.

“Tapi mereka rombongan Kristian” kata Mahmood lagi.

“Ye ke, ah, di sinikan banyak tempat penting buat Kristian, tentu mereka nak ziarah” kata saya.

“Sepanjang perjalanan dari border Jordan-Israel, mereka memang mengutuk Islam dan sangat tidak puas hati dengan orang Islam di Malaysia, mereka memang anti Islam” Mahmood Menambah.

“Mereka tak tahu aku Islam, mereka ingat aku Kristian” Mahmood semakin rancak berbual dengan saya di satu sudut di bahagian tangga.

“Memang bukan Islam di mana-mana pun tak suka Islam” kata saya tenang.

“Tak, mereka ini  lain, mereka memang anti Islam di Malaysia” terang Mahmood bersungguh-sungguh.

Perbualan malam pertama itu habis dengan rasa tidak puas hati Mahmood terhadap rombongan Kristian dari Malaysia ini.

Selama berhari-hari kami di hotel yang sama, berselisih di dewan makan, memang rombongan ini tidak menegur kami sedangkan mereka dari Malaysia, duduk di Malaysia.

Tidak ada sepatah pun bahasa Melayu yang keluar dari mulut mereka sedangkan kami saling mengetahui, sama-sama dari Malaysia.

Ada juga kami ingin menegur siapa, tetapi tidak di jawab atau jawapan yang sangat dingin.

Saya tidak tahu, apakah tujuan mereka datang, sama ada untuk lawatan atau ada apa-apa persidangan Kristian yang mereka hadiri.

Saya tidak mengambil perhatian apa yang berlalu walaupun pada tiap-tiap malam, Mahmood akan menceritakan pada saya mengenai ketidak puasan hati mereka pada Islam di Malaysia.

Mahmood memarahi saya…

“Apa dah jadi pada kamu orang Islam di Malaysia hingga hilang sensitviti dalam mempertahankan hak kamu?”

Apa yang mampu saya jawab hanyalah…

“berpecah, dan ramai yang berpecah…”

Jawapan yang sangat tidak bersemangat dan seolah-oleh maksudnya, “apa nak jadi, jadilah…”

Ya, kurang rasa sensitiviti….

Allah ingin menunjukkan pada saya sesuatu terhadap jawapan di atas……

1 Disember 2012 jam 8.30 pagi, hari terakhir kami di Palestin…

Biasanya hari terakhir saya akan membawa jemaah semua ke Mount Of Olive (Jabal Zaitun), Pemandangan al-Aqsa dari atas bukit ini terlalu cantik terutama pada waktu pagi, ketika memancarnya cahaya matahari dari arah timur, ia menyerlahkan lagi warna emas Dome Of Rock.

Bas yang kami naiki pada pagi ini adalah bas yang dinaiki oleh rombongan Kristian dari Malaysia sehari sebelumnya.

Seorang jemaah menghampiri saya dengan membawa beberapa helaian kertas yang terdapat di dalam bas ini.

Saya menatap kertas yang diberikan pada saya. Mata saya tertumpu pada tulisannya dan ia menjadikan jantung saya berdegup kencang, mungkin seperti degupan jantung Mahmood sejak seminggu lalu.

Tulisan itu berbunyi..

Decree For Malaysia

“We decree and declare that Malaysia will be a “Rainbow Nation” in seding missonaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the gospel here..”

Ini agenda Kristian di Malaysia, inilah yang cuba  Mahmood ceritakan pada saya sejak semingga lalu.

Ketika di Malaysia, saya selalu mendengar tentang agenda pendakyah Kristian, dan setiap kali berita itu keluar saya cuba untuk tidak mempercayainya kerana masih bersangka baik pada mereka.

Lebih-lebih lagi, ada sahaja golongan ahli politik yang memberikan komen popular yang menafikan fakta ini.

Kalau ada orang yang cuba bawa fakta ini, orang itu akan dicap sebagai penipu dan pembohong.

Hal ini menjadikan ramai orang Islam kita merasa berada di zon selesa kerana mempercayai  ahli politik yang punyai kepentingan.

Bagi pendakyah pula, mereka memang berada di zon paling bagus kerana usaha dan perancangan mereka di nafikan sendiri oleh orang Islam. Mereka boleh buat apa sahaja kerana orang Islam sangat tidak sensitif, malahan ada yang membela perbuatan mereka.

Ada beberapa perkara yang saya ingin tekankan:-

1. Bagi pendakyah Kristian, jangan pandang rendah kemampuan pendakwah Islam yang tidak berkepentingan di Malaysia. Kami para pendakwah dan orang-orang yang ikhlas akan tetap mempertahankan kedaulatan Islam di Malaysia sama ada menang atau kami mati di dalam usaha ini.

2. Malaysia bukan milik orang politik yang ada kepentingan yang  menyokong tindakan kamu kerana harapkan sokongan, Malaysia di dokong oleh ramai pejuang agama Islam, bangsa muslim  dan tanah air umat Islam. Kalau orang politik sibuk dengan perpecahan mereka, maka perjuangan itu tetap dibahu oleh umat Islam dari bidang lain.

3. Bagi umat Islam di Malaysia, ini bukan gimik popular, saya bukan ahli politik yang inginkan popular, Biarkan ahli politik bergaduh sesama mereka, yang boleh kita damaikan, kita damaikan atau sedarkan dengan apa cara sekalipun. Perpecahan ini satu yang sangat merugikan. Orang Kristian berbincang hingga ke luar negara merancang untuk mengkristiankan Malaysia, kita hanya menafikan dan hilang sensitiviti.

4. Bagi sahabat-sahabat dari Jabatan Agama Islam, anjurkanlah banyak program-program untuk menjaga dan mengawal umat Islam di Malaysia, bahagian zakat jangan berbangga dengan jumlah kutipan, tetapi usahakan untuk kepentingan umat Islam melalui lapan asnaf seperti yang disebut dalam al-Quran.

5. Bagi semua penguatkuasa agama. Jangan percaya dengan zon selesa yang dibisikkan dan penafian yang dicanangkan oleh orang berkepentingan. Jalankan pemantauan dan penguatkuasaan menurut enakmen yang telah diputuskan.

6. Bagi orang kaya, tolong infak harta untuk menganjurkan program-program keagamaan, semoga Allah sentiasa bersama anda sekelian.

7. Bagi sekelian yang membaca, kita umat Islam terlau beriya-iya ingin menjaga hati orang bukan Islam, adakah orang bukan Islam menghormati dan menjaga sensitiviti kita? Jalankanlah tugasan masing-masing di dalam ruang lingkup kemampuan anda semua, semoga Allah membantu usaha kita.

Semoga pendedahan ini memberi inspirasi pada saya untuk terus membahu Islam, yang ingin bersama mari, yang mahu mencebek dan tidak percaya silakan, yang mahu berfikir, renungkan dan yang mahu mendokan, doakan semua umat Islam di Malaysia agar terpelihara dari agenda global orang kafir.

“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

6 Disember 2012 jam 1.15 pagi



Patah sayap bertongkat paruh, Imemperjuangkan dan mempertahakan Islam akan tetap menjadi keutamaan di dalam hidupku, biar berputih tulang, jangan berputih mata…

al-Fatihah untuk seluruh pejuang Islam terdahulu, tuan-tuan guru kita terdahulu dah pahlawan Islam Nusantara yang telah mendahului kita di dalam tugasan mereka. Hari ini tugasan itu diwariskan pada kita, semoga kita dapat menyambungnya, amin…

dipetik dari ustaz amin

sertailah kami.

nuffnang ads


Blogger Backgrounds
 

Kidal nak cer nie!!!!!! Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008