Sunday 6 January 2013

AJL27 PUKAU PENONTON



ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA PARA PEMBACA SEKALIAN,
malam nie entah tetiba minat pulak tengok AJL27,perhhhh gempak la menggunakan teknologi tinggi bagi memukau penonton,tidak kusangka,tidak kuduga..hihi..
memang top la kidal katakan,memang kidal respect la..
mesti menghabiskan banyak duit kan..haha..
okew la biar kidal cer perjalanan AJL27 nie k.

MALAM Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) bermula dengan persembahan pembukaan memukau daripada Misha Omar, Ziana Zain dan Royal FT Force.

Misha Omar mempersembahkan lagu popularnya, Bunga-Bunga Cinta dengan mengenakan persalinan berwarna putih.

Penyanyi bersuara lantang Ziana Zain menyampaikan lagu rancak Fatalistik dan band Royal FT Force pula menampilkan lagu Anti Graviti.

Dalam pada itu, ribuan penonton membanjiri Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur bagi menyaksikan 12 finalis bersaing merebut gelaran AJL27.

Antara lagu yang bertanding malam ini ialah Lagu, Teman Pengganti, Patah Seribu, Idola, Simetri, Tanpamu, Ombak Rindu, Terukir Di Bintang, Andaiku Bercinta Lagi, Ku Akui, Pelangi Senja, dan Anak Kampung.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar dalam kenyataan berkatanya, anjuran kali ke-27 ini lebih membanggakan dengan penglibatan komposer dan penulis lirik muda.

"Lebih membanggakan tahun ini, semakin ramai komposer dan penulis lirik muda yang berani mempertaruhkan karya mereka sehingga berjaya ke peringkat akhir.

"Ini membuktikan AJL platform terbaik kepada penggiat seni tempatan bukan saja kepada bakat baru, termasuk kepada yang sedia ada," katanya.
Malam berprestij ini dihoskan oleh Faizal Ismail dan Cheryl Samad.

Berikut persembahan lagu-lagu dipertandingkan:
Persembahan 1 - Ombak Rindu nyanyian Hafiz dan Adira disampaikan dengan penampilan khas pelakon popular, Aaron Aziz

Persembahan 2 - Shila Amzah menyampaikan Patah Seribu yang dimulakan dengan ayat-ayat puitis



Persembahan 3 - Persembahan berapi, Simetri nyanyian lagenda rock Amy Search bersama Hazama

Persembahan 4 - Azlan and The Typewriter menyampaikan lagu tribute Idola dengan vokal yang memukau

Persembahan 5 - Stacy mengubah pentas kepada sebuah jeti ketika menyampaikan lagu Pelangi Senja

Persembahan 6 - Bedroom Sanctuary tampil dengan santai dalam menyampaikan Lagu, malah turut mengajak penonton menyanyi bersama

Persembahan 7 - Persembahan Tanpamu nyanyian Amir Jahari disampaikan dengan penuh kreativiti menggunakan alat muzik daripada bahan terpakai

Persembahan 8 - Vokal Black nyata memukau penonton ketika menyampaikan lagu ciptaan Malique, Teman Pengganti di samping rapper, RJ


Persembahan 9 - Aizat memikat penonton dengan aksi bersahaja dan klasik, menyampaikan lagu Terukir Di Bintang

Persembahan 10 - Vokal Hafiz memang tidak dinafikan ketika menyampaikan Ku Akui

Persembahan 11 - Mojo menggegarkan stadium ketika menyampaikan Andaiku Bercinta Lagi

Persembahan 12 - Jimmy Palikat dan One Nation Emcees mencampurkan elemen Sabah Sarawak, hip hop serta dikir barat ketika menyampaikan lagu Anak Kampung 

Akhir sekali kidal cerr pemenang pemenang anugerah juara lagu ke 27..


- Vokal Terbaik dimenangi Hafiz menerusi lagu Ku Akui

- Persembahan Terbaik milik lagu Teman Pengganti nyanyian Black dan RJ

- Juara AJL27 milik Terukir Di Bintang nyanyian Aizat Amdan hasil ciptaan Yuna




tahniah kepada pemenang..



0 comments:

sertailah kami.

nuffnang ads


Blogger Backgrounds
 

Kidal nak cer nie!!!!!! Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet © 2008